sktkj.zoom-a.com
SK TAMAN KOTA JAYA
JALAN KUINI, TAMAN KOTA JAYA, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR
Tel / Faks : 07-8828978
e-mel : sktamankotajaya@gmail.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | INFO KESIHATAN | MUHASABAH DIRI | GURU-GURU SKTKJ | GPKHEM | GPK P.PTG | KAUNSELING | LAWATAN | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | MARQUEE | PANORAMA | PIBG | LOGO SEKOLAH | KEPUTUSAN UPSR | Untitled | Untitled |


                        

                    

                            SEKADAR RENUNGAN

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t....
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra':12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu...
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.

Allah s...w.t. berfirman,"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit... Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (

kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya

dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya

mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi

Maha Penyayang." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu

sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


BERJAYA :  Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

 

"BERUSAHALAH DENGAN IKHLAS TANPA MEMIKIRKAN BALASAN SEMATA-MATA, KERANA SEMAKIN TINGGI KEIKHLASAN DI DALAM DIRI, SEMAKIN TINGGILAH BALASAN BAIK YANG AKAN DIPEROLEHI DLM KEADAAN SEDAR ATAU TIDAK"

"ORANG YANG TERLALU CEPAT BERPUTUS ASA ADALAH ORANG YANG PUTUS HARAPAN SEUMPAMA DIA TELAH MENYEDIAKAN DIRINYA UNTUK MATI SEBELUM MATI"

"KESUSAHAN TIDAK SEMUANYA SEKSAAN DAN YANG PALING PAHIT ITU BUKAN SEMUANYA RACUN. TETAPI ADAKALANYA LEBIH BERGUNA DARIPADA KESENANGAN YANG TERUS-MENERUS"

"ORANG YANG SEBENARNYA BERANI IALAH MEREKA YANG TAK LEKAS PATAH HATI, TETAPI BERTAHAN DENGAN MENGHADAPI SETIAP DUGAAN DAN CABARAN"

"JANGAN LIHAT APA YANG TELAH KAMU USAHAKAN, TETAPI LIHATLAH APA YANG BELUM KAMU SELESAIKAN"

"TIADA SIAPA YANG PALING PANDAI DAN PALING BODOH DI DUNIA INI KERANA SETIAP YANG PANDAI ITU BOLEH MENJADI BODOH DAN SETIAP YANG BODOH ITU BOLEH MENJADI PANDAI"

"SETIAP JIWA YANG DILAHIRKAN TELAH TERTANAM DENGAN BENIH UNTUK MENCAPAI KEUNGGULAN HIDUP.TETAPI BENIH ITU TIDAK AKAN TUMBUH SEANDAINYA TIDAK DIBAJAI DENGAN KEBERANIAN"

"BENARLAH USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN. TETAPI JIKA TIADA KESUNGGUHAN DAN NIAT BUKAN KERANA ALLAH, SAMALAH SEPERTI ANDA MENGGUNAKAN TANGGA UNTUK KE BAWAH"

"ORANG YANG CEMERLANG MELIHAT SETIAP HALANGAN SEBAGAI PELUANG UNTUK MENGASAH POTENSI, MANAKALA ORANG YANG TIDAK CEMERLANG MENGANGGAP SETIAP HALANGAN SEBAGAI ALASAN YANG MENYEBABKAN KEMUNDURANNYA"

"TIDAK SEMUA YANG KITA INGIN MAMPU KITA PEROLEHI SEBAGAIMANA TIDAK SEMUA YANG KITA PEROLEHI ADALAH YANG KITA INGINKAN"

"KEJAYAAN ADALAH TANGGA YANG TIDAK DAPAT ANDA PANJAT DGN TANGAN DLM POKET"

"MERASAKAN DIRI LEMAH ADALAH TITIK UNTUK MEMAJUKAN DIRI"

"JANGANLAH KAMU BERKAWAN DENGAN ORANG YANG SUKA MELAKUKAN MAKSIAT, NANTI HILANG KEBENCIAN KAMU TERHADAP MAKSIAT"

 

Kejayaan yang sebenar
bukan terletak pada tidak pernah jatuh
TAPI
terletak pada kesanggupan
tegak kembali setiap kali jatuh

    ***********   ballack720116@gmail.com************

**************************************************

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: